Di dalam surah An-Nisa' ayat 163 , Al-An'am ayat 84 , Al-Anbiya ayat 82 dan Saad ayat 41 telah disebut perihal Nabi Ayyub a.s , Allah berfirman di dalam Surah Saad : " Ingatlah akan hamba kami . Ayyub , ketika ia menyeru Tuhannya : Sesungguhnya aku disentuh syaitan dengan kesusahan dan siksaan ( Penyakit yang disebabkan oleh syaitan , hama-hama penyakit ) ( firman Allah kepadanya ): pukullah ( bumi ) dengan kaki engkau , ( lalu terbit mata air ). Inilah air mandi yang sejuk dan minuman ( lalu sembuhlah penyakitnya )"
Nabi Ayyub yang amat sabar , Allah mencubainya dengan suatu penyakit semacam penyakit kudis yang disebabkan oleh syaitan ( hama-hama). Keluarganya tidak mahu mendekatinya , takut penularan penyakitnya itu , tinggal seorang isterinya yang amat setia menjaganya siang dan malam. Beberapa lama ia menderita , maka firman Allah " Pukullah bumi dengan kakimu , maka terpancarlah air dari dalamnya , boleh diminum dan untuk mandi. Setelah beberapa lama Ayyub mandi air itu , maka sembuhlah ia dari penyakitnya ( mungkin air ini mengandungi zat belerang yang boleh menyembuhkan kudis ).
Mata air yang keluar di dalam kisah Nabi Ayyub adalah dari tanah bukan dari batu. Dari segi kesihatan air begini adalah terbaik untuk diminum.
Ibnu Sina berkata : Air dari segi essensinya adalah sama tetapi melalui campuran luaran dan kepelbagaiannya ia berubah keadaannya. Air yang terbaik ialah yang mengalir dari mata air tetapi yang melalui tanah yang tulen dan ia tidak dikelilingi oleh unsur-unsur asing , setelah itu mata air yang lalu dicelah -celah batu, tetapi air yang bersumber dari tanah yang bebas dan tulen lebih baik kerana tanah menapis air dan menyekat campuran-campuran yang bersamanya tetapi dengan syarat tanah tulen bukan selut atau tanah masin. ( kanun dalam perubatan )
Ibnu Sina berkata : Air perigi dan terusan dibandingkan dengan air mata air bukanlah air yang baik kerana air ini beberapa lama tersimpan di perut tanah ia telah bercampur dengan debu-debu dan bahan-bahan tercemar telah masuk ke dalamnya. Bukanlah ia merupakan air yang punya kekuatan lonjakan dan pergerakan ke paras bumi. Seburuk-buruk air ialah yang dilakukan di dalam saluran-saluran plumbum kerana plumbum mengurangkan tenaga air dan kebiasaannya menyebabkan kecederaan usus. Air yang banyak kedapatan di celah-celah bumi yang tercemar dan dengan pergerakan yang perlahan ia bergerak ke arah bumi lebih rendah kualitinya dari air telaga. ( Kanun perubatan kitab 1 m/s 229 ).
Di dalam kitab Wasailusshiah Jilid 1 Bab 23 adab-adab kamar mandi disebut :
Sebelum mandi dengan sesuatu air minumlah seteguk. Ini menunjukkan bahawa air yang terbaik untuk rawatan dan bersuci dan menjauhkan dari penyakit-penyakit ialah yang begitu bersih sehingga boleh diminum.
Imam Sadiq a.s :
" Janganlah engkau minum air sejuk di dalam kamar mandi kerana ia merosakkan perut "
( Man layahduruhul Faqih , Jilid 1 , m/s 62 )
Imam Sadiq a.s :
" Sewaktu keluar dari kamar mandi jiruslah kedua kakimu dengan air sejuk kerana ia menghilangkan penyakit dari tubuhmu "
Mungkin berkesan dari perubatan Al-Quran , ahli-ahli perubatan Islam seperti Meisari memberi saranan supaya dirawat sebahagian penyakit menggunakan air sejuk ataupun sebahagian pesakit-pesakit beliau dirawat dengan kamar mandian.
Petua : Berubat dengan air hujan
Telah diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w sebagai bersabda : Jibrail telah mengajar kepadaku ubat yang tidak perlu selainnya ubat. Dikatakan : Ya Rasulullah s.a.w apakah itu ubat ?. Beliau bersabda : Diambil air hujan sebelum turun ke bumi kemudian diambil bekas yang bersih lalu dibaca Surah Al-Hamd kepadanya sehingga 70 kali dan QulHuwAllahu Ahad dan Surah Muawwazatain ( AnNaas dan Al-Falaq ) 70 kali kemudian minum darinya pagi segelas dan petang segelas . Sabda Rasulullah s.a.w : Demi Tuhan yang mengutuskanku dengan kebenaran, Allah akan menanggalkan penyakit tersebut dari badannya, tulang-tulangnya dan urat-uratnya.
( Makarimul Akhlak m/s 387 )
No comments:
Post a Comment